Takasima Treadmill

26 04 2009

Dalam usia dah masuk 40an ni, macam2 yang aku rasa. Stamina yang semakin menurun, wajah yang dah mula menunjukkan kedut, penyakit yang datang menjengah sekali-sekala tapi makin kerap dan sebagainya. Tapi keadaan kerja dan lokasi pejabat yang menyebabkan aku kerap sampai lewat ke rumah, membuatkan aku kadang2 tu bingung… Kesihatan kena jaga, perlu bersenam untuk kekalkan stamina, habis camner…

Aku & isteri ambil keputusan untuk beli teadmill ajer dan letakkan kat rumah. Memanglah tak sebagus kalau dapat senam kat taman atau padang, tapi desakan hidup buatkan aku rasa masih OK buat aktiviti sihat ni kat rumah, hehe sambil2 tu buleh gak nonton TV dan monitor pembelajaran anak2.

Takasima F1

Takasima F1

Untuk itu aku dah beli treadmill Takasima F1 dan aku letak kat ruang tamu rumah… Balik ke rumah, dalam kol 9:30 ke kol 10 ke aku akan mula buat regangan sebelum berjalan dan berlari2 anak atas treadmill kesayangan tu. Bagus gak treadmill ni, banyak simulation dia bleh buat cam mendaki bukit ke selain tukar kelajuan yang aku nak. Stop watch pun ada, juga meter kalori yg tunjuk berapa banyak kalori terbakar. Sak ada mp3 player lagi, bleh gak dengar lagu… kehkehkeh… mmm kewl. OK gaklah senam pakai treadmill ni, sehari dalam 15 ke 20 minit aku peruntukkan masa. Kalau nak pi gym, kos nya tinggi, so beli treadmill ni rasa berbaloi lagi2 ambik skim bayaran mudah 0% interest credit card bayar selama 3 tahun…

Ni spec untuk Teadmill Takasima yang aku beli tu:

Model :

Fitness 1 Series TK- 551

Driver Motor :

F1 2.0 Hp low noise concurrent motor (modified motor)

Speed Range :

1Km/h – 12 Km/h

Elevation :

1% – 15%

Display Window :

5.7″ blue LCD display monitor (Time, Speed, Distance, Calories, Incline/Pulse)

Programs :

6 Preset Programs

Safety :

Emergency Safety Key

Quick Start :

Yes

Folding :

Air-Safe™ Technology

Moving Wheels :

Two Wheel Transportation

Roller :

2” Crowed Roller

Belt :

Heavy Duty Belt

Console :

Stereo Hi-Fi system with MP3 player jack connector, built in voice prompt

About these ads

Actions

Information

32 responses

16 06 2009
izham

hye..
saya nak tahu. berapa harga encik beli treadmill ini…
dan dimana?
pembayaran menggunakan k.kredit, jadi berapa sebulan caj dia?untuk 3tahun kan?

saya berminat sangat dengan produk takasima ni.. harap boleh.. emailkan pada saya ya.
terima kasih

17 06 2009
xmrsmtaiping8286

Salam,
izham… rega dia dalam RM3.5K ++. Kira dekat2 RM4K. Tempat… mmm @Tesco Xtra Shah Alam. Kalau tak silap laa. hehe, lupa dah. dah tua. Tapi kalau tak silap banyak agen ni… boleh chk kat web Takasima Malaysia –> http://www.takasima.com.my/about_outlets.htm

yup.. pakai kad kredit, bayaran ansuran selama 3 tahun… bulnan dalam RM111.08

harap membantu…

20 06 2009
izham

oo.. macam tu.. baik, saya rasa maklumat itu bnyak membantu… terima kasih…

23 06 2009
izham

salam, en.
saya dah tgk produk tu. kat kuantan.. di east cost mall..
size dia agak kecik. berbanding dengan tubuh badan saya… so, xjadi beli yang itu.. instead.. saya amek yg jenis reebok… sesuai dengan size badan saya…
ehehhe

23 06 2009
xmrsmtaiping8286

Salam izham,
Yup… F1 Takasima ni tracknya kecik… Reebok much better kalau nakkan size besar. Dan lagi Reebok ni kalau tak silap produk UK, lebih tahan lasak berbanding brand Asia. Bukan nak mengecilkan produk Asia, tapi kalau cakap pasal quality, biasanya produk mat saleh ni much much better. Cuma kena bayar lebih sikitlah…

Just my 2 cents… ;)

22 01 2010
Azman Yusof

Saya memang dah lama minat kat F1 Takasima tu, tapi masalahnya , kat Kuala Terengganu ni tak ada cawangannnya. Cam ne tu?

22 01 2010
xmrsmtaiping8286

En Azman… rasanya kat Kuala Terengganu ada kat Tesco… cuba check kat situ… btw, ni website Takasima Malaysia (outlets):: http://www.takasima.com.my/about_outlets.htm

22 01 2010
Azman Yusof

Thanks, sebenarnya kat Trg ni tak adapun Tesco, silap tu. yang ada Giant & Mydin Mall je! Produk treadmill lain ada la, Takasima tak ada. saya ingat nak konteks Kelantan tapi tak ada pulak no. phone kat senarai outlet tu. Tq

23 01 2010
Azman Yusof

Salam,
Saya dah order kat Tesco Kelantan semalam melalui phone. Bayaran mudah 3 th. Dalam seminggu dia org hantar dr Penang, tapi harga dia tinggi sikit. Harga promosi RM4800 dan barang yg diberi 4 barang antaranya Teradmill F1 TK-551,basikal senaman, pengurut kak, pengurut belakang utk letak kat seat kereta. Say fikir2 ok gak, bincang dengan isteri, dia setuju dan terus order. RM134/bulan selama 3 tahun.

27 12 2010
nuriz

bestnye dah beli 4set…..nak tanya la, perlu deposit x?
mesti kena pki kad kedit ke nak bayar? order by phone je bleh
ek?

19 03 2010
En.farhan

salam,
Encik,saya berminat nk beli treadmill model ni.Insyaaallah,sok p tengok.Kalau tak kisah,saya nk tanya sikit.
1. Saya tinggal kat rumah pangsa,jadi kalau berlari atas treadmill ni,tak ganggu jiran-jiran ke?Maklumlah berkongsi dinding,lantai dan bumbung.
2.Kalau ada masalah,biasa panggil sape untuk check & servis?
Harap Encik dapat membantu.Terima kasih.

20 03 2010
xmrsmtaiping8286

Salam,
En farhan…
1. tak kisah. tak bising mana. so boleh berlari sesuka hati…doun’t worry.
2. takasima ada team servis sendiri. just call opis dia, nanti mereka akan set appointment… so far, puashati dengan layanan mereka.

23 03 2010
En.farhan

wslm.
Ok,terima kasih encik.sy dah p tengok dan tanya semua..cuma ada 2 pilihan skrg.brand smartlife pun tgh ada promotion.waranti servis lbh kurang takasima.tp insyaallah sy akan beli gak satu yang sesuai.
Lagi satu,encik ada ikut program mane2 ke untuk starting pakai treadmill?ada org cakap,mula2 kena start jalan dulu,tak boleh terus lari.speed dan incline pun tak boleh terus redah.kena step by step.kalu ada,boleh kongsi.
terima kasih.

23 03 2010
xmrsmtaiping8286

Salam,
En Farhan.. hehe, akupun bukan pro… cuma setakat dengar taklimat dari jurujual jer… betul tu, kena mula perlahan-lahan. Jangan main langgar je… so eloknya, buat dengan jalan kaki… let’s say, 5 hari tu pakai untuk jalan jer… naikkan speed dia dari sehari ke sehari sampai agak2 terlarat lah… senaman ni kena buat dalam 15-20min sehari… seminggu kena maintain 3 ke 5 hari… baru fit..

Agak2 badan dah serasi, boleh start lari… tapi lari ala-ala jogging la. jangan terjah cam lari 100 meter… hehe. Terkencet kita nanti…

Sama gak dengan incline… naikkan sikit2 lah… Yang penting kita larat buat. Kalau berat sangat, kena kurangkan… coz, kita nak jaga kesihatan & bukan plan nak jadik ahli sukan… Kalau nak jadik ahli sukan, kena berguru dengan yang pakar… :)

24 03 2010
En.farhan

wslm.
Ok encik,terima kasih.dah beli dah.insyaallah petang ni dia hantar kt umah.
ingat nk beli takasima,tp budget lari ar.walaupun ada promosi dan dpt hadiah,tp 4.8K.jd sy amik smartlife yg features dia yg ok.harga asal dlm 4K,tp ada less dpt dkt 3K.pastu dpt percuma 1 mesin penimbang berat badan.ok la kot.
Insyaallah,ada rezeki lebih di kemudian hari mungkin beli alat exercise lain atau upgrade trademill yang lbh canggih.

Ape-ape pun,yang paling penting, program exercise kt umah ni berjalan lancar. :) …kalau program tak jalan,habis ar..hehe

24 03 2010
xmrsmtaiping8286

Salam,
Yach yach… yang penting kena istiqamah… yang ni ada sikit payah nak buat. ada saja halangan nanti tu, walaupun kat rumah… btw, selamat beriadah… moga diberkatiNya… Amin!

10 05 2010
Meen

saya memang bercadang nk beli “walking” home treadmill utk kgunaan sendiri tp blum buat desision yang mana sesuai??? cume nya saya x tau mana satu specifikasi yang berguna utk orang veteran mcm saya (usia emas). saya hanya perlu alat yang hanya boleh guna untuk berjalan tak perlu yang lain.
kalau ada sesapa yang tau apa-apa brand kurang 2K , just the basic fasilities.
harap dapt maklumat dari anda yang lebih arif hal ini

16 05 2010
Izham

joggin keliling taman je la atuk. murah. simpan duit tu utk anak cucu

14 07 2010
kelly

saya pun dah beli treadmill takasima, model apa x ingat, tp saiz paling kecik, sesuai la saiz badan,bajet&ruang dlm rumah. tp sy kecewa sikit la..dah 2 kali problem.aligment pun asyik lari smpai ‘carik’ sket tepi belt..bila problem,call centre,dia ckp akan dtg dalam 2 minggu. & selalunya hujung2 mggu ke 2 la.yg susahnya, dia kata tak boleh buat appointment akan dtg hari apa dalam 2mggu tu. hari&jam yg dia nak dtg tu la baru dia call..kalau dia dtg 1hb, pukul 11pagi, time tu jugak la dia baru call nak dtg.sy pulak keja jauh dr umah. kalau tau awal2 boleh jugak amik cuti ke 1/2 day ke..masuk kali ni dah berapa kali time dia call nak dtg rumah, saya tak free sbb hari keja..sudahnya treadmill sy tersadai rosak berbulan2 x dpt repair..kalau dapat buat appoinment awal2 kan senang sket. dah ckp dengan takasima tapi katanya mmg polisi mcm tu.frust sgt..:(

14 07 2010
xmrsmtaiping8286

ni masalahnya orang Malaysia ni berniaga… tak berapa komited ngan kepuasan pelanggan… kalau ramai yang jadik camni, sure tak tahan lama bisnes tu… rasanya, kita sebagai pengguna perlu kuat untuk dapatkan hak sebenar kita…

14 07 2010
kelly

dah banyak kali ckp dengan servis centre, katanya tak boleh buat apa, company policy..sy pun tak tau nak buat cemana dah.cuma boleh harap dia dtg hari cuti.tu pun sy dah korbankan weekend sy tak pi mana2 dengan harapan hr tu diorang akan datang. rasa nak marah pun ada…

6 11 2010
hafyz

Salam encik,
so far guna takasima treadmill ni ada masalah tak pada treadmill? tgh survey treadmill..

6 11 2010
xmrsmtaiping8286

Salam Hafyz,
Ada sekali jer dia buat hal… pasal aku sendiri malas sikit nak menten… yang eloknya kena bubuh minyak pelicin sebulan sekali kat bawah kabel bergerak tu… tapi pasal tak bubuh minyak, kesat & akhirnya motor dia OUT!… repair free jer, tapi spare-part kena belilah kalau rosak…
BTW, F1 ni buatan Taiwan… so ada sikit manja banding product mat salih cam USA punyer ke or UK punyer cam Reebok… tapi kalau kita jaga, insyaAllah tahan lama.

25 11 2010
tarzan

Salam.. Saya ada jumpa promoter takasima dan ade ckp pasal
treadmill reebok.. diorang ckp kalu reebok betol2 dari US..harga
lebih kurang 10k.. reebok kat cni yg harga dia agak2 6k tu
sebenarnya motor ‘made in taiwan’… dia ckp kalau xpercaya suruh
promoter reebok bukak cover tgk motornya…. (xtahu lar betol atau
tidak).

3 03 2011
Sandha Danielle

Buat abg xmrsmtaiping8286 sila hubungi face book saya di sandhaldanielle@yahoo.com. TQ

3 03 2011
Sandha Danielle

Buat abg xmrsmtaiping8286 sila hubungi face book saya di sandhaldanielle@yahoo.com. Ada prkara penting yang saya nak tanya secara pribadi..TQ

8 07 2011
xmrsmtaiping8286

Sandha… apa citer??

8 07 2011
mas

adus sonoknya kalu impain nk bli treadmill ni ttunai.poket kering ……badan dah nek sjak umur da mngkat.laki aku da ngomel..hehehehe ..mahal lah treadmill ni,tak mmpu aku

8 07 2011
xmrsmtaiping8286

Mas… biasanya camtulah… tapi kalau nak sihat kenalah korban skit… btw ada ansuran or ez payment credit card kot ni… saya punya abes dah pun… 2 taun bayar bulan2… ekeke. Tapikan, kalau takder modal, jalan kaki or joging kat taman jer… pun ok. janji kuor peloh… yang penting kena istiqomah :))

25 12 2011
syuda

hai hallu…encik, memang kena guna kad kredit? klo potong gaji direct je leh ke ea?
(saya budak baru belajar :p )

25 12 2011
xmrsmtaiping8286

syuda… kena tanya tokei takasima ni… ekeke. rasanya ada kot melalui potongan gaji kotamas ka

17 07 2013
dwan

bagus betul perkongsian idea ini…saya pun takde masa nak bersenam…skrg tgh survey mesin treadmill yang agak ekonomi…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: