Jalan-jalan Cari Makan @Langkawi ’09

8 06 2009

Cuti sekolah baru ni, aku & famili penuh ngan xtvt jalan2 cari makan. Bermula 31 Mei 2009 (sehari lepas gi Read malaysia ‘o9 International Book Fair @MINES) aku bawa famili ke utara… menuju Langkawi. Last sekali kami ke Langkawi pada penghujung 2007. Kali ni kami plan nak lawat tempat2 yang tak pernah kami jejak…

Restoren Doli Taiping

Restoren Doli Taiping

Ondewe ke sana, singgah jap kat bandar Taiping. Nak pekena kuey teow goreng Doli. Orang kata sedap, tapi… mmm, bulehlah. Kureng skit berbanding masa Doli ni kecik anak dulu. Sambil2 tu sempat gak aku menjejak tapak kaki yang aku tinggalkan… hehe. Cuma aku rasa Taiping dah tak cam dulu… Macam bandar pencen plaks aku rasa. Masa berenti kat Larut Matang, aku tengok sunyi sepi bandar ni, tak semeriah dulu. Dan lagi, panggung SUN pun dah takder. Lama dah pupus tempat tu, aku rasa penangan VCD dan DVD lah agaknya. SUN tu lah salah satu tempat hiburan ‘orang dewasa’ masa aku dok kat sekolah menengah dulu ;).

Abis makan, kami singgah kat the Store… beli bekal apa2 yang patut. Pastu, teruskan perjalanan ke utara. Lalu gak kat Taman Tasik Taiping. Tak sangka pernah aku jejak ke sini suatu masa dulu. Aman je rasa Taiping ni, sesuai ngan nama tu…

Kami teruskan perjalanan ke Kulim. Berehat semalaman di rumah adik @Kulim TechnoCity. Adik bongsu pregnant anak pertama… syukurlah. Dah lama dia ngidamkan anak. InsyaAllah, mudah2an dia dipelihara Allah. Malam tu kami makan masakan ala tom yam @Kulim… hehe, malas nak komen. Tapi aku rasa, kami sekeluarga tak buleh terima sangat stail masakan tu. Sama je rasanya ;). Anyway, alhamdulillah still dapat makan & teruskan hidup.

Jeti Langkawi

Jeti Langkawi

Pada 1 Jun 2009, kami teruskan perjalanan awal pagi ke Kuala Perlis. Beli tiket feri… Hampeh… delayed le pulak… 1 jam plaks tu. Tak pernah2 kena menunggu lama camtu. Sampai kat pulau, terus dapatkan keter dan check-in hotel. Kebetulan, ada kedai makan betul2 sebelah hotel (Hotel Lagkasuka @Kuah, Langkawi). Tengah lapar, so soru dulu. Makanan ala kampung, not bad. Bulehlah alas perut. Petang tu kami teruskan xtvt shopping jer @Pekan Kuah. Beli dulu apa2 yang patut. Malam tu singgah kat Marybrown – makan nasi goreng + sate ayam… saje bagi sokongan kat produk Malaysia. Rasa dia taklah selera sangat, tapi kalau orang tanya bulehlah bercerita… yang kami ni pernah makan kat sana…

Esok pagi, lepas sarapan @Hotel Langkasuka (anak2 kami tapau jerk.. hehe, jimat kos – angkut semer karang, caj lain) kami kumpul kat Underwater World. Ada van tunggu untuk pandu kami ke perhentian Island Hopping. Kira2 jam 10 pagi baru kami berlepas ngan bot yang disediakan kat perhentian tu… mmm, thrill gak perjalanan naik ‘bot laju’ ni. Berenti @Pulau Dayang Bunting kira2 1 jam kat situ. Pergi gaklah tasik Pulau Dayang Bunting tu. Tak mandi pun, tak bawak baju… hehe. So dok rendam kaki jer, bagi ikan keli gigit2. Aku ni jenis penggeli, so layan sekejap jer. Famili aku sukalah ;).

Rawatan Kaki - Gigitan Ikan Keli @Tasik Pulau Dayang Bunting

Rawatan Kaki - Gigitan Ikan Keli @Tasik Pulau Dayang Bunting

Lepas lepax @Pulau Dayang Bunting, kami sambung naik bot ke Pulau Beras Basah plaks. Pasir pantai dia putih… air jernih. Sesuai gaklah buat mandi manda, relax2 ke… sunbathing ke. Anak2 sibuk main2 kat sini, tak mandi… pasal tak bawak kain basahan. Tapi baju lencun gak. Mana buleh tahan tengok air laut kan… hehe. Aku tertarik tengok 1 kapal ni… karam sebahagian. Simbolik sangat… umpama kehidupan kita, tak reti bawak kaluuu – samada hanyut OR karam terus cam kapal tu.. ;). Falsafah tu!

Kapal Karam - Simbolik kehidupan...

Kapal Karam - Simbolik kehidupan...

Lepas 1 jam lepax kat Pulau Beras Basah, kami diangkut lagi ke suatu tempat lain… tempat ni banyak burung helang… what a kewl scenary! Tak lama sangat kat sini… just tengok burung helang sambar makanan kat laut jer. Tak beripun diorg makan. Kat tempat lain katanya yang ada xtvt tu… Geoforest (next project kalau mai Langkawi lagi…).

Dah lepas 3 jam, kamipun dibawa balik ke perhentian awal tadi… lepas beli sourvenir kamipun naik keter, nak cari tempat makan t’hari pulak. Ondewe ke hotel, masih di kawasan pantai Chenang, kami jumpa 1 tempat makan. Singgah situ… mmm, sedap makanan dia. Memang berselera habis kami semer makan. Cadang nak datang balik jer malam karang, pakal ajer tempat ni jauh dari hotel, so kami pendam jerlah. Carilah tempat lain plaks kan eks… Abis makan, kami balik hotel. Tak lama, sekadar nak mandi & solat jer…

Dalam kol 4 camtu, kitaorg kuor semula… kali ni menuju ke Oriental Village. Mencari cable car pulak. Gayat2 pun jadik. naik jangan tak naik. Gayat belakang kira… hehehe. Seram sejuk gak memula jejak kaki dalam cable car tu. Bila dah mula jalan, tengok bawah… mak aiiii, sayupnyer. Macam2 terbayang, tapi saja kontrol macho & ayu. Tapi alhamdulillah. Semer selamat. taklah kempunan nak naik benda tu lagi. Part paling ngeri, masa nak menuju puncak… Jerit2 gak anak2.

Nak berlepas dah ni... @Cable Car

Nak berlepas dah ni... @Cable Car

Lepas abis ronda2 sekitar Oriental Village tu, kitaorg balik ke Pekan Kuah. Sambung beli apa2 yang patut as ole2. Nak bagi jiran2 & bawak balik kampung nanti…

Seronok ke Langkawi ni… cam aku cakapla, setakat 2 malam kat sini tak abis ronda 1 pulau ni. Ada lagi area yang tak kami jejaki… macam WildLife Park. Next project!!! Tengoklah 2-3 tahun lagi… kami insyaAllah akan ke mari…

About these ads

Actions

Information

One response

28 05 2011
FikriRais

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: