Ramadhan 2012 – PERINGATAN UNTUK KITA SEMUA

2 12 2009

Sebelum ni aku ada cerita pasal menonton wayang cerita 2012. Kali ni aku nak kongsi sedikit maklumat yang diperolehi dari Web Jakim – berkaitan dengan sebuah ‘hadis’ yang ada mengisahkan pasal Ramadhan 2012… untuk pengetahuan umum… Hal ni aku rasa terpanggil nak kongsi, sebab ramai yang perlu tahu…

2012

Maklumat berikut diterima dari email…

Cuba lihat kalendar di bawah untuk tahun 2012… 1 Ramadan  pada tahun 2012 jatuh pada 20 July hari Jumaat, jadi 3 August 2012 bersamaan 15 Ramadan jatuh juga hari Jumaat. Sama dengan hadis Nabi pasal huru hara besar yang akan terjadi pada tengah malam pertengahan bulan Ramadan iaitu hari Jumaat 15 Ramadan di bumi ini yang akan mengejutkan semua orang yang sedang tidur, pasal satu suara yang amat dahsyat akan kita dengar dekat langit, bukan kiamat tapi huru hara tersebut akan melenyapkan umat manusia di atas muka bumi ini sebanyak 2/3, yang tinggal cuma 1/3 shj. (yang NASA Amerika ada beritahu pada 21-12-2012 planet X akan lintas di bumi). Adakah kita semua ni tergolong dalam 1/3 tu……. ALLAH sahaja Maha Mengetahui…………. cuba kita tengok Hadis Nabi di bawah ini dan kenyataan pasal Kalendar Islam 2012.

UPCOMING IMPORTANT ISLAMIC DATES

2010 Calendar
Islamic New Year: December 18, 2009 (1431 A.H.*)
Aashura: December 27, 2009
Ramadan: August 11 – September 8, 2010
Eid ul-Fitr: September 9, 2010
Hajj: November 14 – November 17, 2010
Eid ul-Adha: November 16, 2010

2011 Calendar
Islamic New Year: December 7, 2010 (1432 A.H.*)
Aashura: December 16, 2010
Ramadan: August 1 – August 29, 2011
Eid ul-Fitr: August 30, 2011
Hajj: November 4 – November 7, 2011
Eid ul-Adha: November 6, 2011

2012 Calendar
Islamic New Year: November 26, 2011 (1433 A.H.*)
Aashura: December 5, 2011
Ramadan: July 20 – August 18, 2012
Eid ul-Fitr: August 19, 2012
Hajj: October 24 – October 27, 2012
Eid ul-Adha: October 26, 2012

Nu’aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahwa Rasulullah saw. bersabda: Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan Syawwal…”. Kami bertanya: “Suara apakah, ya Rasulullah?” Beliau menjawab: “Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jum’at, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari pingitannya, pada malam Jum’at di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kalian telah melaksanakan shalat Subuh pada hari Jum’at, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkanlah: “Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus!”, karena barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa”.

Jawapan dari JAKIM:

Hadith ini mengikut Dr Fahd Salman Audah adalah Do’if Jiddan atau Maudu’. Tidak boleh langsung berhujjah dengannya. Hadith ini memang sudah banyak tersebar secara meluas.

Salah seorang perawi hadith ini ialah Nuaim bin Hammad. Ramai ahli ilmu yang menyatakan hadith yang diriwayatkan oleh Nuaim bin Hammad dalam Musonnifnya berkaitan cerita-cerita berkenaan kisah akhir zaman adalah adalah Munkar. Berkata Imam Az-Zahabi dalam kitab Siar A’lam Nubala’ ; ” Tidak boleh seseorangpn berhujjah dgn hadith Nuaim bin Hammad kerana dia telah mengarang kitab tentang fitnah akhir zaman dengan mendatangkan keajaiban2 dan banyak yang dibawanya adalah Munkar. Dia banyak mengambil hadith dari Kaab bin al-Ahbar yang dikenali kerana berpegang dengan kitab-kitab Israiliyyat.Dia juga banyak mengambil hadith dari org2 yang tidak dikenali dan diragui.

Begitu juga dgn Abdul Wahhab salah seorang perawi hadith ini mengikut Al-Hakim dalam Lisanul Mizan adalah orang yang tidak diketahui (majhul).

Wallahu a’lam…semoga kita berhati2 dgn hadith2 seumpama ini..dan menjaga nas syariah seperti yang sebenarnya.





2012

14 11 2009

Lama gak aku tak update ni… hehe. Hari ni terpanggil pulak nak menulis. Pagi tadi aku & famili nonton movie 2012. Filim ni dah lama aku target, sejak tengok trailernya masa nonton wayang Transformers dulu.

2012 Movie poster

Tambah teruja nak tengok cerita ni lepas terima mesej dari kawan pasal adanya pendapat / pandangan golongan tertentu Islam berkenaan peristiwa akhir zaman dan peristiwa pada Ramadhan tahun 2012… mmm, aku tak nak komen pasal ni, sebab tak cukup ilmu. Juga tambah mengujakan bila ada lagi seorang sahabat bercerita pasal keadaan solar system yang bercelaru masa 2012 tu nanti.

Sebelum disiarkan di panggung, ada gak aku buat research sikit pasal 2012 ni… pasal kalendar orang2 Maya. 21 atau 23 Disember 2012 adalah masa peralihan dari 1 dunia ke dunia lain… mmm, seolah-olah peralihan dunia sediada ke bentuk dunia baru. Boleh baca teori ni kat link ni… Mayan End Times Prophecy 12-21-2012. So, bila dapat tahu dah nak siar kat panggung 12 November 2009, aku terus beli tiket secara online 14 Nov 2009 11.oo am @TGV Bukit Tinggi. Kena pulak anak2 pun baru abis periksa… masa sesuai untuk aku bersantai dengan mereka.

2012 diarah oleh Roland Emmerich – pernah bekerja untuk filim Independence Day (1996) & The Day After Tomorrow (2004) yang juga filim berkaitan dengan kehancuran dunia. 2012 dilakonkan oleh John Cusack, Amanda Peet, Danny Glover, Thandie Newton, Oliver Platt, Chiwetel Ejiofor, & Woody Harrelson. Cerita mengisahkan macamana keadaan dunia menghadapi fenomena akhir zaman. Konflik pemimpin dalam menyampaikan berita kehancuran dunia kepada penduduk… arghhhh. Bayangkan, camne punyer havoc masa tu.

Penuh dengan adegan cemas… cuma kadang2 di luar logik akal pun ada… hehe, sci-fi kan. Disokong oleh teknologi CGI memantapkan lagi persembahan keseluruhan filim ni.

2012-Movie

Cuba bayangkan, kiranya kita tahu dunia akan hancur untuk tempoh beberapa jam sahaja lagi – apa yang perlu kita lakukan… Bertaubat??. Hubungi orang tersayang??? Bayangkan, kiranya puncak Himalaya ditenggelami air akibat tsunami… apa jadik ngan Malaysia?? Dunia akan berubah sama sekali.

himalaya

Yang aku suka pasal filim ni ialah sub-plotnya. Pasal hubungan kekeluargaan… Bila susana kelam-kabut camni, hubungan keluarga menjadi semakin erat… sesuai moral ni untuk tontonan anak2…

mayan2012

Apa-apa hal pun, kiamat pasti berlaku… masa sahaja kita tak tahu… dan seingat aku, masa kiamat tu, kita tak terfikir pun akan orang lain… hanya fikir diri sendiri dulu… Hanya Allah Yang Maha Tahu…





Mencari Lailatul Qadar

1 09 2009
Surah Al-Qadr

Surah Al-Qadr

Surah Al-Qadr (Bacaan)

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

[1] Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, [2] Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? [3] Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. [4] Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); [5] Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!

Syukur Alhamdulillah… dah masuk ke fasa 2 Ramadhan. Kalau 10 hari lalu kita berada di fasa 1, fasa kerahmatan, kini kita berada pula dalam fasa keampunan. Oleh itu, marilah kita sama2 perbanyakkan bermohon kepada Allah untuk diampunkan segala dosa kesalahan kita yang telah lalu.

InsyaAllah selepas 10 hari nanti kita akan menempuh pula fasa ke-3 Ramadhan, iaitu fasa pembebasan dari Api Neraka. Satu fasa yang penting di mana kebanyakan ulama sepakat menyatakan bahawa terdapat 1 malam yang sangat barakah berada pada fasa ini (10 akhir Ramadhan) iaitu Malam Lailatul Qadar.

Bercakap berkenaan Malam Lailatul Qadar ni, aku rasa terpanggil untuk berkongsi maklumat berikut dengan pembaca semua. Moga dengan paparan ini boleh memberi ilmu dan peringatan kepada aku sendiri dan pembaca lain. Maklumat ini diambil dari blog Seri Kasih dan ditulis oleh saudara Idris Musa berjudul Mencari Lailatul Qadar.

Lailatul Qadar itu ialah satu malam pada Ramadan yang penuh berkat, iaitu malam yang mengandungi banyak kebaikan, kerana pada malam itu malaikat turun membawa rahmat dan kesejahteraan seperti diterangkan dalam al-Quran.

Agung dan mulianya Lailatul Qadar sehingga Rasulullah s.a.w menganjurkan umatnya melakukan persediaan menyambut dan menghayati malam yang berkat itu. Persediaan yang dimaksudkan itu bukan dengan pesta yang tidak ketentuan, tetapi dengan amal ibadat yang membawa rahmat.

Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi Muhammad s.a.w bersabdanya, bermaksud: “…sesiapa menghayati malam Lailatul Qadar dengan mengerjakan solat (dan pelbagai ibadat lain), sedang dia beriman dan mengharapkan rahmat Allah Taala, nescaya dia diampunkan dosanya yang lalu.” (Hadis sahih riwayat Bukhari)

Ibadat yang dimaksudkan termasuk membaca al-Quran, berzikir, beristighfar, bertaubat dan berdoa pada malam yang berkat itu manakala beriman disebut dalam hadis berkenaan merujuk kepada kepercayaan dan keyakinan benarnya keistimewaan Lailatul Qadar yang mulia itu.

Sebenarnya Ramadan, al-Quran dan malam Lailatul Qadar adalah gandingan yang mempunyai hubungan sangat rapat. Al-Quran diturunkan pada malam Lailatul Qadar, pada Ramadan.

Walaupun Lailatul Qadar mempunyai keberkatan dan kebaikan berlimpah ruah, sehingga dikatakan tiada tandingan berbanding malam lain, ia tidak dinyatakan dengan jelas pada hari tertentu.

Tetapi Rasulullah s.a.w ada membayangkan malam berkenaan, malah menasihati supaya melakukan persediaan untuk menghadapinya, seperti dinyatakan dalam hadis bermaksud:

Daripada Aisyah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: “Bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui Lailatul Qadar pada malam ganjil 10 malam akhir Ramadan.” (Hadis sahih riwayat Bukhari)

Malam yang ganjil sudah pasti malam 21, 23, 25, 27 dan 29 Ramadan. Ada hadis yang menyatakan Lailatul Qadar pernah ditemui pada zaman Rasulullah s.a.w pada malam 21 Ramadan dan malam 23 Ramadan.

Baginda juga pernah meminta seorang sahabat yang bertanya mengenai Lailatul Qadar supaya dia bersedia menghayatinya pada malam 27 Ramadan.

Keterangan di atas menunjukkan Lailatul Qadar tidak tetap, sebaliknya boleh bertukar dalam 10 malam terakhir Ramadan pada setiap tahun.

Hikmah malam penuh berkat itu dirahsiakan supaya setiap orang Islam bersungguh-sungguh menghayati 10 malam terakhir Ramadan dengan amal ibadat dan memberi pengharapan yang tinggi kepada Ilahi supaya dapat bertemu malam berkenaan.

Imam Nawawi, berkata: “Lailatul Qadar dapat disaksikan orang yang dikehendaki Allah pada tiap-tiap tahun ketika Ramadan, sebagaimana yang diterangkan dengan jelas dalam hadis Rasulullah s.a.w dan diberitakan juga oleh orang yang soleh…”

Kemudian beliau menyebutkan penjelasan Imam Al-Mawardi, dalam kitabnya, Al-Hawi: Bahawa orang yang dapat menyaksikan Lailatul Qadar, elok dia menyembunyikan perkara yang disaksikan (supaya dia terselamat daripada perasaannya) dan hendaklah dia berdoa (pada saat yang berkat itu) dengan ikhlas serta sepenuh-penuhnya yakin dengan permohonan yang disukainya mengenainya agama dan dunianya, biarlah kebanyakan doanya itu untuk (kebaikan dan keselamatan) agama serta hari akhirat.”

Ada orang berkata, mereka yang menemui Lailatul Qadar akan melihat cahaya terang di segenap tempat manakala sesetengah pihak mendakwa mendengar ucapan salam dan kata-kata lain daripada malaikat, melihat semua benda termasuk pokok rebah (sujud) dan doanya makbul.

Bagaimanapun, Imam at-Tabari memilih pendapat yang menegaskan, semuanya itu tidak lazim (tidak semestinya dia dapat melihatnya), kerana tidak disyaratkan melihat sesuatu atau mendengarnya untuk menemui Lailatulqadar.

Cuma yang penting ialah taat beribadat kerana Allah semata-mata dan ganjaran orang beribadat adalah terjamin, sama ada dapat dirasai di dunia atau di akhirat. Justeru, umat Islam digesa rajin beribadat pada Ramadan, lebih-lebih lagi pada 10 malam terakhir Ramadan.

Rasulullah s.a.w contoh terbaik menghayati Ramadan, terutama 10 malam yang akhir dengan beriktikaf di masjid dan melakukan amal ibadat sebagai persediaan untuk menyambut kedatangan Lailatul Qadar.

Daripada Aisyah r.a katanya: “Rasulullah s.a.w memperbanyakkan amalan apabila sampai hari yang ke-10 terakhir Ramadan, baginda juga membangunkan isterinya agar beribadat (solat sunat, membaca al-Quran, berzikir dan lainnya). Baginda juga menjauhkan diri daripada bergaul serta bermesra dengan isterinya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Menurut ulama, Lailatul Qadar kemuncak Ramadan kerana kemuliaannya yang diterangkan di dalam al-Quran dan hadis Nabi s.a.w, malah malam berkenaan dirakamkan khusus dalam satu surah di dalam al-Quran, menunjukkan keistimewaannya.

Orang yang tekun beribadat pada 10 malam yang berkenaan akan mendapat rahmat yang dijanjikan kerana sudah sabit dalam hadis yang sahih Lailatul Qadar wujud pada satu daripada 10 malam itu.

Justeru, orang yang tekun beribadat pada 10 malam terbabit akan mendapat rahmat yang dijanjikan itu, sama ada dia menemuinya atau tidak dan tidak melihat apa-apa. Cuma yang dapat menemuinya dianjurkan berdoa kebaikan, kesejahteraan dan keampunan.

Nabi s.a.w ada mengajar berdoa seperti berikut: “Ya Allah, ya Tuhanku, sesungguhnya Engkau sentiasa memaafkan (salah silap hamba-Mu), lagi suka memaafkan, oleh itu maafkanlah salah silapku.”

Yang penting ialah menghayati malam terbabit dengan amal ibadat, beriman dengan yakin Lailatul Qadar itu adalah benar dan dituntut menghayatinya dengan amal ibadat semata-mata ikhlas dengan mengharapkan rahmat dan reda-Nya.





Andaiku Tahu Pt II

26 08 2009

Andaiku Tahu – Ungu

Ramadhan

Ramadhan

ANDAI INI RAMADHAN YANG TERAKHIR

andai aku tahu ini Ramadhan terakhir
tentu siangnya aku sibuk berzikir
tentu aku tak akan jemu melagukan syair rindu
mendayu..merayu. ..kepada- NYA Tuhan yang satu

andai aku tahu ini Ramadhan terakhir
tentu sholat, aku kerjakan di awal waktu
sholat yang dikerjakan.. .sungguh khusyuk lagi tawadhu’
tubuh dan qalbu…bersatu memperhamba diri
menghadap Rabbul Jalil… menangisi kecurangan janji
“innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil ‘alamin”
[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku…
kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam]

andai aku tahu ini Ramadhan terakhir
tidak akan aku sia- siakan walau sesaat yang berlalu
setiap masa tak akan aku dibiarkan begitu saja
di setiap kesempatan juga masa yang terluang
alunan Al-Quran bakal aku dendang…bakal aku syairkan

andai aku tahu, ini Ramadhan terakhir
tentu malammu aku sibukkan dengan
bertarawih.. .berqiamullail. ..bertahajjud. ..
mengadu…merintih. ..meminta belas kasih
“sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU
tapi…aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU”

andai aku tahu ini Ramadhan terakhir
tentu aku tak akan melupakan mereka yang tersayang
mari kita meriahkan Ramadhan
kita buru…kita cari…suatu malam idaman
yang lebih baik dari seribu bulan

andai aku tahu ini Ramadhan terakhir
tentu aku bakal menyediakan batin dan zahir
mempersiap diri…rohani dan jasmani
menanti-nanti jemputan Izrail
di kiri dan kanan …lorong-lorong redha Ar-Rahman

Duhai Ilahi….
andai ini Ramadhan terakhir buat ku
jadikanlah ia Ramadhan paling berarti…paling berseri…
menerangi kegelapan hati ku
menyeru ke jalan menuju ridho serta kasih sayangMu Ya Ilahi
semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti

Namun teman…
tak akan ada manusia yang bakal mengetahui
apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya
yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah
berusaha…bersedia …meminta belas-NYA

“wahai tuhan , aku tak layak kesyurgamu … namun tak pula aku sanggup ke Nerakamu … kami lah hamba yang mengharap belas darimu. Ya Allah jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa..ampunkan dosa2 kami kedua ibubapa kami .dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia”
Amin…..

andai benar ini Ramadhan terakhir buat ku

MAAFKAN SEMUA KESALAHAN / KESILAPAN YANG PERNAH AKU LAKUKAN

SEMOGA RAMADHAN TAHUN INI ADALAH YANG TERBAIK DARI RAMADHAN YANG TERDAHULU





Berbekam

14 08 2009

Pada Isnin lalu bersamaan 10 Ogos 2009, aku ajak member aku pi Bandar Baru Bangi… Warta. Dengar cerita kat situ ada pusat rawatan alternatif yang aku teringin sangat nak buat – berbekam… Tempat yang aku maksudkan tu: Pusat Rawatan Cinta… mmm kewl je nama pusat ni kan.. hehe. Anyway, tujuan aku 1 jer, nak berbekam selepas buat sikit penyelidikan (melalui pembacaan, rujukan hadis2 nabi, tanya kawan2… etc) ke atas kaedah rawatan yang amat disyorkan oleh Rasulullah SAW.

Ambik masa kurang lebih 1 jam 30 min gaklah… siap urut dulu, kasik kembang sikit urat2 darah. Pastu buat bekam kering atau bekam angin skit, sedut angin2 yang lebih & pastu baru buat bekam basah atau bekam darah – dengan melukai kesan sedutan tadi dengan jarum tajam atau lancet, then sedut darah2 kotor yang melekat kat badan aku ni… Yang syoknya, mamat yang jadik tukang bekam tu sound aku; “Saya percaya, brader ni setiap 3-4 bulan mesti servis kereta kan… Ni apsal badan sendiri, lepas 40 tahun baru nak pi hantar servis?”… hehe, terkedu sat aku. Sengih jerlah. Aku kata aku masih sihat. Mamat tu sound aku balik; “Nampak jer sihat… ni dah kira kena overhaul ni bro, dah tak main grind valve lagi dah ni”… Aku kata ikut lah, mana2 yang sesuai.

Berbekam untuk kesihatan...

Berbekam untuk kesihatan...

Meh kita kongsi info ni…

Perubatan berbekam merupakan perubatan wahyu kerana kaedah rawatan telah menjadi amalan Rasulullah SAW. Bahkan pesanan berbekam ini diterima oleh Rasulullah SAW dari para malaikat semasa perjalanan Isra’ Mikraj. Rasulullah SAW bersabda: “Sebaik-baik pengubatan yang kamu pergunakan menjadi ubat adalah Berbekam”. [Hadis riwayat Bukhari & Muslim].

Dan lagi: “Selama aku berjalan pada malam Isra’ bersama malaikat, mereka selalu berkata: Hai Muhammad, suruhlah umatmu berbekam”. [Hadis riwayat Ibnu Majah].

Dan lagi: Rasulullah S.A.W. ada menyebutkan mengenai tiga perkara tentang penyembuhan, “Kesembuhan ada tiga perkara: minum madu, berbekam dan bakaran api (Al-Khayy), tetapi aku melarang umatku melakukan pembakaran dengan api”. [Hadith riwayat Bukhari & Muslim].

Mengapa perlu berbekam? Selepas 3 bulan, sel darah merah di dalam tubuh kita akan mati. Ia mengandungi lebihan asid urik, urea, toksin dan sel darah merah yang rosak. Sel darah kotor ini akan berkumpul di lapisan bawah kulit sebelum dikumuhkan. Sel darah ini akan digantikan dengan sel darah merah yang baru yang mengandungi oksigen dan nutrien yang diperlukan oleh sel tubuh. Sel darah yang rosak (darah kotor) yang gagal dikumuhkan dan masih hadir dalam sistem aliran darah menyebabkan faktor utama mengakibatkan kapilari tersekat dan tersumbat dan kesannya akan menganggu pelbagai sistem badan dan menyebabkan kegagalan sistem limfa, ginjal, hati tidak berfungsi dengan sempurna yang akhirnya akan menyebabkan pelbagai penyakit kronik. Gejala awal yang dapat dirasai oleh tubuh badan ialah badan terasa lesu, letih, kebas kaki dan tangan, pening, cepat marah, cepat bosan, murung, mudah mengantuk dan mudah pitam.

Rasulullah SAW bersabda: “Berbekamlah… jangan membiarkan darah yang berlebihan melimpah, maka ia akan membunuhmu”. [Hadis riwayat Bukhari & Muslim].

Berbekam adalah rawatan pencegahan dan penyembuhan. Rasulullah SAW bersabda: “Diharuskan berbekam pada lekukan leher sebelah atas. Sesungguhnya hal itu menjadi ubat kepada 72 jenis penyakit”. [Hadis riwayat Bukhari & Abu Naim].

Kepada yang mengalami sakit kepala, pening atau migrain, Rasulullah SAW setiap kali sahabat menemui baginda menceritakan tentang sakit kepala yang dialami mereka, pasti baginda bersabda: “Berbekamlah”. [Hadis riwayat Bukhari & Abu Daud].

Jom kekawan, apalagi… keluarkan sedikit modal untuk kesihatan kita. Tambahan pula dah nak masuk Ramadhan ni… InsyaAllah ada keberkatan…





Aku Overwork???

31 07 2009

Dah seminggu gaklah akunyer bahu sakit. Orang kita kata salah tidur / salah bantal. Selalu gak kena camni, tapi kali ni paling worst. Biasanya 2-3 hari dah lega walaupun tak pakai apa2 ubat, sekadar buat regangan biasa jer. Tapi yang ni… mmm.

Aku tak buleh nak drive, sakit ya amat tangan ku rasa. Kebas, tak bermaya etc. So aku pi check doktor. “Awak overwork ni”, kata doktor. Mak aiii, bunyi macam mengerikan. Tapi betul ke aku overwork ni. Baru aku teringat, untuk beberapa minggu ni memang ada terasa telebih dari biasa. Bawak balik ke rumah lagi kerja2 tu… isk isk isk… dunia dunia! Kerja memang tak pernah abis.

Sebelum ni ada terasa lenguh, tapi lambat bertindak pi berurut, tu yang sampai sakit tu. Konon nak produktif lebih, last-last… camni jadiknyer.

Kebetulan, hari Ahad lepas Kosmo ada siarkan rencana pasal kesihatan bertajuk Bahu Beku / Frozen Shoulder… eh! aku termasuk dalam kes ni ker??. Minta2 cepatlah sembuh, kerja dah makin menimbun kat opis tu… takut aku semakin “overwork”… Ni sedutan dari Kosmo Online pasal bahu beku…

Bahu beku punca sakit

Oleh SITI NOR AFZAN KASIMAN

Sindrom bahu beku juga terjadi apabila seseorang jarang menggunakan bahunya yang sakit.

Bahu Beku

Bahu Beku

PESAKIT akan berasa lenguh pada bahu, pangkal tengkuk, kebas lengan dan tangan serta tidak kuat untuk memegang barang.

SELEPAS berhenti daripada bermain ragbi beberapa tahun lalu, Rizal terpaksa menggunakan tangan kirinya sahaja bagi mengangkat barang mahupun telefon. Rizal pasti mengaduh kesakitan jika menggunakan tangan kanan.

Keadaan lebih sukar buat lelaki berusia awal 30-an ini apabila dia tidak mampu mengangkat tangan kanannya untuk mengenakan butang baju apatah mencapai barang di tempat yang tinggi.

“Akibat sakit bahu ini, pergerakan tangan kanan saya sangat terbatas. Ia tidak boleh digerakkan ke semua arah sama ada ke depan, belakang, sisi apatah lagi gerakan berputar.

“Ia turut terasa berdenyut dan kebas termasuk ketika tidur,” kata Rizal.

SELAIN bertemu doktor dan pakar fisioterapi, pesakit boleh melakukan sendiri terapi fizikal seperti regangan.

Menurut Perunding Fisioterapi di Pusat Perubatan Pakar Alpha, Kota Damansara, Kuala Lumpur, Siti Farah Aini Jamaludin, keadaan yang dialami Rizal itu dikenali sebagai bahu beku atau frozen shoulder.

Pesakit yang mengalami kesakitan ini akan berasa lenguh pada bahagian bahu, pangkal tengkuk, kebas lengan dan tangan serta tidak kuat untuk memegang barang.

“Bahu beku terjadi apabila kapsul sendi bahu menjadi tebal disebabkan oleh proses inflamasi di dalam sendi bahu glenohumeral.

“Ini menyebabkan sendi bahu yang disokong sendi glenohumeral tidak dapat digerakkan sepenuhnya ke semua arah,” ujarnya.

Tambah Siti Farah, masalah bahu beku selalunya berlaku di sebelah bahu sahaja pada satu-satu masa.

Namun, faktor masa dan kecederaan lain mungkin menyebabkan sesetengah pesakit menderita sakit di kedua-dua belah bahu.

Radang dalam sendi menyebabkan kapsul sendi yang longgar menjadi ketat kerana terlekat antara satu sama lain.

Ruang sendi bahu semakin mengecil, kapsul melekat dan ligamen mengetat pada kedudukan rehat.

Keadaan ini mengehadkan keupayaan bahu untuk bergerak dan menyebabkan bahu membeku.

Sindrom bahu beku juga berpotensi terjadi apabila seseorang tidak menggunakan bahunya yang sakit atau menggunakannya sekali-sekala sahaja.

“Apabila digerakkan, pesakit akan berasa sakit. Jadi, mereka lebih selesa menggunakan tangan yang sebelah lagi. Oleh kerana lama tidak digunakan, ia boleh menyebabkan keradangan.

“Sekiranya seseorang mendapat kecederaan seperti patah tangan atau menjalani pembedahan tetapi tidak menggerakkan tangan seperti yang diarahkan doktor, keadaan bahu beku juga boleh terjadi,” kata Siti Farah.

Menurut kajian pakar ortopedik, pesakit kencing manis mempunyai risiko sehingga empat kali ganda mengalami sindrom bahu beku berbanding individu biasa. Malah ia juga lebih sukar untuk sembuh.

Di Malaysia, kira-kira 15 hingga 20 peratus daripada penduduknya menderita masalah bahu beku.

“Faktor lain bahu beku termasuklah usia iaitu berumur 40 tahun ke atas, penyakit sistematik seperti tiroid, kardiovaskular dan Parkinson.

“Walaupun begitu, penyakit bahu beku boleh pulih sendiri selepas mengalami kesakitan dalam jangka masa panjang.

“Untuk rawatan yang lebih berkesan, pesakit boleh mendapatkan terapi fizikal seperti regangan dan senaman tetapi dengan syarat ia dilakukan pada peringkat awal lagi,” ujar Siti Farah.

Tips

Tips





Kajian Kenapa Perlu Solat Awal Waktu

23 07 2009

Kita baru je meninggalkan bulan Rejab, bulan di mana satu peristiwa penting telah berlaku kepada Rasulullah – Israk Mikraj. Salah satu rahmat yang kita semua perolehi dalam peristiwa itu adalah kewajiban solat 5 waktu (yang asalnya 50 waktu, namun 5 waktu itu bersamaan pahala 50 waktu asal yang diwajibkan ke atas kita).

Semalam aku ada terima mesej dari seorang sahabat menceritakan tentang kajian kenapa perlu solat awal waktu. Mari kita luangkan masa sama2 untuk mendalami penemuan daripada kajian tersebut. Semoga memberi manafaat kepada aku & pembaca yang lainnya.

Solat

Solat

Artikel sumbangan dari Pn Asfarilah Yakob & Pn Norpah Ibrahim.

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Aku rasa fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi, betul tak aid ?

Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) – dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu .). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la .) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya.