Paragliding Accuracy World Cup Jugra 2009

30 04 2009

Saja nak promote bandar Banting… Mula hari ni 30/4/2009 sampai 3/5/2009 di Jugra Banting diadakan 1 program yang cukup berprestij… iaitu Paragliding Accuracy World Cup Jugra 2009… mmm saper kata Banting kampungan?? Event antarabangsa ni wei… 😉

jugra-06-8

Paragliding Accuracy World Cup Jugra 2009

Kalau korang takde menda nak buat wiken ni or kalau korang peminat sukan paragliding, meh ler turun Banting… pi Bukit Jugra, tengok acara menarik ni dengan lebih dekat… Jangan lupa, kalau dah sampai Banting tu carik2 ler kerepek Banting… hehehe

Dunt play2... aweks pun ada ambik bahagian tau!

Dunt play2... aweks pun ada ambik bahagian tau!

Kenapa aku suker dok Banting?? Sebab semer dah sediada kat sini. Senang. Nak beli barang keperluan, hospital, bomba, polis semer ada… kewl tempat ni, tu sebab sejak 16 tahun aku dok sini, rasa malas pulak nak pindah ke lain.





Selamat Hari Buruh 1 Mei 2009

30 04 2009

Nak ambil kesempatan mengucap selamat menyambut hari buruh 1 Mei 2009 kepada semua pekerja khususnya di Malaysia. Tanpa anda semua, Malaysia belum tentu seperti kini… Sumbangan pekerja amat dihargai… BTW, akupun pekerja cam korang jugak.. kehkehkeh. Bangga aku jadik seorang pekerja!

Banyak gaklah pengalaman yang aku timba semenjak bekerja ngan TM ni yang dah masuk 16 tahun. Pahit manis bersama TM.. hehe, setia aku ;). Walaupun tak sehebat mana banding korporat lain, aku selesa & selamat kerja kat sini. Alhamdulillah… InsyaAllah aku akan beri sumbangan terbaik untuk syarikat!

Ni ada lagu khas untuk semua pekerja – Senandung Buruh Kasar dari Kembara 😉

Senandung Buruh Kasar – Kembara

Kembara

Kembara

Lihatlah bangunan yang tinggi mengawan
Menghiasi kotaraya
Menjadi kemegahan dari zaman ke zaman
Kejayaan negara

Pandanglah aku yang bermandi keringat
Di bawah terik mentari
Bekerja dengan menghempas tulang
Mencari nafkah sehari

Aku hanyalah seorang buruh kasar
Di tengah kota besar turut merasa bangga
Kerana telah berjasa

Kerana tanpa kami tak mungkin terlaksana
Sebuah kota yang menjadi
Impian sezaman

Cukup hidup sederhana
Sedang bekerja, haaa..
Bisa bernyanyi, ketawa dan bersenda