Ke Arah Mempertingkatkan Iman Pt 1

7 05 2009

2 hari ni 5-6 Mei 2009 ni aku sibuk kena ngajar VoIP @TM TC Jalan Semarak KL. Hari ni hari ke-2 aku lepax kat sana. Biasalah, setiap hari Rabu, TM TC ada tazkirah kat srau, so lepas makan aku gi surau dan ambik kesempatan dengar ceramah tu… tajuknya ke arah mempertingkatkan Iman oleh Ustaz Abd Hadi Mahmud. OK gak topik ni, so aku rasa elok gak kalau aku kongsi kat blog…

Amalan fungsi yang  boleh dilakukan bagi menguatkan iman adalah:

  1. Di samping solat fardu hendaklah melakukan sunat rawatib, 12 rakaat sehari mengiringi solat fardu:: 2 rakaat sebelum Subuh; 4 rakaat sebelum Zuhur; 2 rakaat selepas Zuhur; 2 rakaat selepas Maghrib; 2 rakaat selepas Isyak. Peranannya dapat menampung ibadat wajib.
  2. Solat malam sekurang-kurangnya 2 rakaat – tahajjud. Memberi/meningkat prestasi Iman seseorang.
  3. Solat sunat Dhuha pada setiap pagi selepas naik matahari, samada 2 rakaat, 4 rakaat atau 8 rakaat. Amalan ini memberikan makna setiap sendi pelakunya bersedekah pada hari itu. Rasulullah SAW menyatakan maksudnya:: Setiap tasbih (Subhanallah) itu sedekah, pujian (Alhamdulillah) itu sedekah, tahlil (Lailahaillallah) itu sedekah, takbir (Allahu Akbar) itu sedekah, amal makruf (menyuruh orang berbuat baik) itu sedekah, nahi munkar (melarang orang berbuat kejahatan) itu sedekah, 2 rakaat solat sunat Dhuha itu sedekah – Riwayat Bukhari & Muslim.
  4. Sebagai amalan harian bacalah surah al-Mulk, di mana surah yang ini dapat memberikan syafaat kepada pembacanya.
  5. Melazimkan zikir La ilaha illa Allah wahdahu la sharikalah, Lahul Mulk wa lahu Hamdu wa huwa ‘ala kulli sha’in qadir, sebanyak 100 kali sehari akan diampunkan dosa-dosa – Riwayat Muslim
  6. Sentiasa berselawat ke atas junjungan Rasulullah SAW di mana sesiapa berselawat 1 kali, Allah berselawat 10 kali kepadanya (memberkati dan menurunkan rahmat). Malah ada hadis yang menyebut, mereka yang paling kedekut adalah orang yang apabila disebut nama nabi SAW dia bakhil untuk berselawat.
  7. Bertasbih dengan Subhanallah al-‘Azim, subhanallah wa bi hamdihi 100 kali sehari (diberikan tanaman pohon tamar di syurga sebagai ganjarannya).
  8. Beristighfar sebanyak mungkin pada setiap hari.

Ini semua merupakan amalan harian yang sepatutnya diamalkan oleh mereka yang ingin meningkatkan iman di samping sering membaca al-Quran, paling tidak beberapa ayat sehari, sambil memahami tujuan ayat-ayatnya. Selain banyak mendatangkan kebaikan ianya mendatangkan ketenangan hati kepada para pembacanya.


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: