Ke Arah Mempertingkatkan Iman Pt 2

8 05 2009

Bagi meningkatkan hubungan manusia dengan Allah perlu diperbanyakkan berdoa pada masa2 terluang, terutama selepas solat fardu. Bagi memperelokkan agar doa diterima ikutlah adab-adab berdoa.

Apa yang penting setiap doa dan zikir yang dibaca itu amat perlulah ianya dihayati maksudnya. Meskipun segala bacaan itu baik, namun untuk menguatkan lagi iman, kita dituntut berusaha dan bercampur gaul dengan masyarakat. Tunjukkan akhlak yang baik, sehingga kita mampu menyayangi orang lain dan orang lain juga menyayangi kita. Justeru iman bersifat proaktif bukan pasif.

Yang terpenting hendaklah kita memahami taklifah yang nantinya akan dipersoalkan pada hari kiamat. Tidak ada orang yang tidak merasa bimbang dengan pertemuan di akhirat bersama Allah nanti. Justeru itu diingatkan agar menjauhi kemungkaran seperti membenci, berdendam, mengutuk apalagi melakukan maksiat seperti mencuri, membunuh, rasuah dan sebagainya yang akan merosakkan iman dan mengurangkan kualitinya.

Bagi mereka yang merasakan banyak lagi kekurangan daripada segi ilmu pengetahuan, bacalah buku2 yang berguna. Kesilapan masyarakat kita adalah malas membaca bahan2 yang baik dan banyak tertumpu kepada hiburan yang mungkin hanya memberi hiburan segera tetapi pada jangkamasa panjang merosakkan akal dan peribadi. Mereka yang mampu menghafal digalakkan menghafal beberapa surah atau juzuk al-Quran, dek otensinya memberikan kebaikan samada di dunia apalagi di akhirat.

Setiap mukallaf hendaklah prihatin terhadap nilai2 bermanafaat sesuai dengan hadis nabi SAW:: “Sebaik-baik insan ialah siapa yang paling banyak memberikan manafaat terhadap orang lain”. Kemanafaatan yang paling ketara adalah::

  1. Bertafakkur lantaran ia dapat menampakkan kegemerlapan akal dan kesedaran ubudiah.
  2. Menghayati pengajaran ilahi dalam soal2 yang menyentuh keilmuan wahyu seperti pengajian tauhid, tasauf, feqah dan memperdalami tafsir al-Quran dan hadis-hadis Nabi SAW.
  3. Bercucuk tanam atau berkebun sebab memberi faedah kepada insan dan haiwan.
  4. Bersedekah dalam skopnya yang luas, lebih2 lagi yang bertaraf jariah lantaran di hari kiamat nanti setiap insan nanti berteduh di lembayung persedekahannya.
  5. Bersabar dan berjihad di jalan Allah.
  6. Berdoa memohon taufiq dan istiqamah di samping istighfar dan taubat.

Nota::

  • Senjata ampuh orang Mukmin::
  1. Bersuci
  2. Berilmu
  3. Solat
  4. Doa

Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: