Mesyuarat Agung Tahunan ACT 2009

24 05 2009

Ntah berapa lama aku tak join meeting nih… sedar2 akunyer keahlian dalam ACT pun dah mati… hehe. So bila bro Jenab SMS aku untuk aku war2kan pada kekawan lain, aku teruja untuk join semula xtvt ACT.

Hari ni 24 Mei 2009, seperti yang telah diwar-warkan dalam portal ACT|org.Net, di Saujana Impian Golf & Country Club telah diadakan AGM ACT ke 7 & 8 (eh! apa ni… sampai 2 sekali… ntahlah labu, akupun tak tau).

Bertolak awal gak dari Banting tadi, coz wife nak ikut ke Seri Kembangan… nak lepak rumah anak sedara kat sana. OKlah, no hal… Tapi anak2 semer tinggal kat rumah. Diorang semer dah besar panjang. Dah tak suker ikut kitaorg jalan2 ni…

Ondewe tu Jenab call… bro, jangan lupa bawak projector. Isk, camner aku buleh lupa ni. Tapi seingat aku, projector unit ada kutu pinjam, ntah dah pulang ke belum. Terus aku call member opis. Dia kata, orang tu dah pulangkan. So, lepas hantar wife ke rumah anak sedara tu, aku terus pecut ke opis. Nasib baik tak berapa jauh dari Seri Kembangan. Dapatle cilok sekejap projector ni.

Jawa & Jotos... sesi ngeteh

Jawa & Jotos... sesi ngeteh

Sampai kat Impian, dah ada kaum dok register… Eh, saper tu?? Cam aku kenal jerk… A ahlah.. JAWA. Ex-roomate aku dulu masa kat Tepen. Mamat aka Matkewl pun ada. Isk, lama tak jumpa kutu2 ni. Dah besar panjang rupanya diorang ni… kehkehkeh. Lepas register, dan bayar keahlian ACT, Jawa ajak minum sat. Lama tak sembang katanya… so, apalagi… ngeteh le kami. Pastu beberapa kutu lain join sekaki… termasuklah si Sid… mmm, manis dia ni😉

Meeting start dalam kol 11:00 camtu. Bosan, laptop plaks aku tak bawak. Bro Jenab bagi ehsan laptop bini dia. Akupun terkial2 ler kat bilik meeting tu kerjakan multimedia presentation tu. Apa ni Nab?? Browser apa ko pakai ni. Langsung takder plugins. Aku nak Flash player embed bro… Mana buleh run slides yang aku bikin ni weiiii… Aku dah frust giler. Mmm sesia jer aku buat semalaman presentation slides tu kalau tak bleh project. Tapi bro Jenab kewl jer. Dia dah dapatkan alternatif dari Impian Club. Nasib baik. Aku pi meger2 lagi. Alhamdulillah. Jalan. So lapang lah sikit. pastu aku join kutu2 lain ikuti meeting ngan tenang dan khyusuk.

Zame Panas, Tok Sheikh & Junior '97

Zame Panas, Tok Sheikh & Junior '97

Abis meeting, sesi makan… acara wajib kalau jumpa2 ni. So, sempatler sembang ngan kekawan lain. Jumpa gak ngan Zame Panas & Tok Sheikh. Lepas sembang apa2 yang patut, baru aku teringat… jiran belakang rumah buat kenduri daaaa. Isk isk isk… Kena gi ni. Jiran dekat. Terus aku pack semer barang2 aku. Pastu sembang kejap ngan Slea & wife dia. Btw, ada jumpa kulaan kat situ. Dulu masa kat maktab, akupun tak tau yang kulaan ramai rupanya kat Tepen ni…😉

Antara kaum ibu yang hadir... termasuklah kulaan

Antara kaum ibu yang hadir... termasuklah kulaan

BTW, slides presentation pasal XTVT ACT 2007 – 2008 tu boleh ditengok di alternate blog ku DI SINI


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: