Probiotik Baik Untuk Usus

24 06 2009

Sabda Rasulullah s. a. w. ::  “Perut manusia itu tempat segala penyakit, manakala pencegahan itu pokok dari segala pengubatan.” (Riwayat ad-Dailami).

Perut...

Perut...

Saja nak share pasal aku ni… semenjak 2 menjak ni selalu kena kembung perut. Risau gak, maybe petanda awal gastrik ni. Ntahlah. Aku cuba selidik dan cuba ubah cara hidup aku…

  • Ubah cara membuang air besar. Kena ikut sunnah. Seperti yang pernah aku belajar dulu lah, kalau nak buang air besar perlu beratkan badan ke arah kiri. Bertinggung sikit takper…  Ni aku ada sedutan laman web pasal ni…

Islam dan sains membuktikan kebanyakan penyakit berpunca dari perut, oleh sebab itulah dalam setahun, sebulan diwajibkan kepada umat Islam untuk berpuasa bagi membersihkan perut dari makanan yang tidak dapat dikeluarkan sepenuhnya, atau dengan kata lain berpuasa dapat menghindarkan dari penyakit.

Ramai juga diantara kita tidak tahu, sekiranya najis tidak dikeluarkan sepenuhnya dari badan, itu adalah penyebab utama kepada penyakit seperti kanser dan lain2 penyakit berbahaya, selain berpuasa kita juga diajar cara membuang air besar dengan betul, iaitu duduk ketika membuang air besar dengan badan diberatkan atau disengetkan kesebelah kiri, sambil mengurut perut sebelah kiri bagi memastikan najis keluar sepenuhnya, dan yang penting jangan lupa pula nak baca doa masuk tandas dan tutup kepala.

  • Seterusnya aku ambik suplemen – probiotik. Baru cuba seminggu Bio-3 Probiotics… Apa tu probiotik?? Sekali lagi aku sedut dari laman web luar…

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), probiotik didefinisikan sebagai mikro-organisma hidup yang memberi manfaat kesihatan kepada pengguna apabila diambil dalam kuantiti yang mencukupi.

Probiotics

Probiotics

Probiotik atau bakteria baik digunakan untuk menyeimbangkan mikroflora usus bagi membolehkan sistem pencernaan berfungsi secara normal serta mencegah berlakunya simptom-simptom gangguan usus.

Pengambilan probiotik dari strain Lactobacillus acidophilus NCFM® membantu kesihatan usus serta bermanfaat untuk:

* Memperbaiki pergerakan usus dan melegakan sembelit.

* Mengurangkan angin berlebihan (kembung).

* Melegakan ketidakhadaman.

* Mengurangkan nafas berbau.

Apabila keseimbangan mikroflora dan kesihatan usus diperbaiki, Lactobacillus acidophilus NCFM® membantu merangsang sistem imum dan memperbaiki sistem pertahanan tubuh untuk melawan penyakit.

Penukaran rutin harian semasa bulan Ramadan memungkinkan kita mengalami gangguan sistem pencernaan seperti kembung perut, ketidakhadaman makanan dan risiko cirit-birit akibat pengambilan makanan luar yang tidak begitu menitikberatkan aspek kebersihan.

Dengan itu, pengambilan probiotik dari strain (jenis) yang terbukti secara klinikal ini akan mengurangkan risiko gangguan usus dan juga masalah cirit-birit dan sembelit yang lazim terjadi.

Sembelit juga boleh dikurangkan dengan meningkatkan pengambilan air, iaitu sekitar enam hingga lapan gelas sehari, menambahkan pengambilan makanan berserat tinggi seperti sayuran dan buah- buahan serta meningkatkan aktiviti fizikal seperti senaman.

Sejak aku amal 2 menda ni, termasuk minum banyak air & makan buah (sebelum makan berat i.e. nasi), perut aku rasa selesa sikit. Yup… tengah uji keberkesanan, namun aku rasa aku semakin sihat sekarang😉


Actions

Information

One response

13 08 2009
Aida

Salam..maaf saya nak tambah kan sikit info..cuba saudari gantikan sarapan pagi dgn makanan yg bkn berasas kan kabohidrat krn perut tidak dapat terima kanji @ gula dlm kabohidrat ketika asid gastrik sedang dirembeskan iaitu ketika perut kosong,slps kita bangun awal pagi..itu terjadi gastrik..saya sedang cuba membantu orang ramai utk sihat & lansing ketika Ramadhan & menjelang Syawal..jika berminat tentang info saya katakan ni,email pada aidarahman@yahoo.com.my..tq.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: