Celaka Punyer Penyamun…

18 07 2009

Isk isk isk… tensen betul la penyamun tarbus ni. Takder kerja lain dah agaknya, masuk rumah orang pulak…

Aku terima mesej dari jiran Bandar Bukit Mahkota – “bro, rumah kena ceroboh”. Aku pergi lah tengok. Habis dipecahkannyer gril rumah aku… huhuhu sedey ooo. Aku check kot2 ada barang lain diorg sapu… so far ok. tak sentuh benda lain. Setakat bukak2 drawer jer.  Sah2 penyamun ni nakkan duit segera, cari benda2 kecik yang bleh jual jer, tu menurut jiran2 aku lah… benda2 cam handphone, laptop, duit, barang kemas etc, tu yang diorg buru. Senang nak jual, senang nak hangkut. Kalau perabot yang gedabak tu, tak selera agaknya diorg tengok.

Memang takder menda kena curik, tapi nak repair balik gril & dinding tingkap ni nak kena kuor modal gak. Bukan buleh pakai air liur jerk.

Aku perati diorg nyer modus operandi ni simpel jer… buat kerja masa siang. Malam tak buat, coz penduduk ada buat rondaan. Siang, bila semer org pi kerja, senang ler diorg jalankan operasi… Penyamun ni pulak tak masuk ikut pintu depan, diorg lebih selesa lalu pintu belakang… maksud aku, potong pagar belakang… maknanya ikut laluan rumah jiran belakang yang memang takder jugak kat rumah masa tu.

Pagar belakang yang dipotong - hubunbg terus ke rumah jiran belakang...

Pagar belakang yang dipotong - hubung terus ke rumah jiran belakang...

Lepas tu diorg buka tingkap bilik belakang… umpil la apa lagi. Bila tingkap dah terbuka, gril tu sekali tendang je dah terbongkang. Gril tu pegang dinding bukan kuatpun aku tengok. Dengan skru tak sampai sejengkal, jangan lautan hendak diduga… apa kes nak protect rumah dari kena masuk…

Grill yang kena terajang...

Grill yang kena terajang...

Dinding yang pegang skru grill... terkopak! Tak kuat...

Dinding yang pegang skru grill... terkopak! Tak kuat...

Dah repair dah semua… kopak lah jugak, berbulu jerk rasa. Tengah2 bulan ni kan. Tapi, syukur Alhamdulillah barang lain tak kenarembat & yang pentingnya takder sesiapa yang cedera… kalau kena serangan fizikal, buleh trauma dibuatnya.

Pesan untuk diri sendiri & kekawan – jaga2 sekarang ni kesan gawat baru nak rasa. Bila kadar jenayah meningkat, masalah sosial berleluasa, maknanya bahang gawat sudah melanda. Lindungi keluarga, lindungi harta…


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: