Aku Overwork???

31 07 2009

Dah seminggu gaklah akunyer bahu sakit. Orang kita kata salah tidur / salah bantal. Selalu gak kena camni, tapi kali ni paling worst. Biasanya 2-3 hari dah lega walaupun tak pakai apa2 ubat, sekadar buat regangan biasa jer. Tapi yang ni… mmm.

Aku tak buleh nak drive, sakit ya amat tangan ku rasa. Kebas, tak bermaya etc. So aku pi check doktor. “Awak overwork ni”, kata doktor. Mak aiii, bunyi macam mengerikan. Tapi betul ke aku overwork ni. Baru aku teringat, untuk beberapa minggu ni memang ada terasa telebih dari biasa. Bawak balik ke rumah lagi kerja2 tu… isk isk isk… dunia dunia! Kerja memang tak pernah abis.

Sebelum ni ada terasa lenguh, tapi lambat bertindak pi berurut, tu yang sampai sakit tu. Konon nak produktif lebih, last-last… camni jadiknyer.

Kebetulan, hari Ahad lepas Kosmo ada siarkan rencana pasal kesihatan bertajuk Bahu Beku / Frozen Shoulder… eh! aku termasuk dalam kes ni ker??. Minta2 cepatlah sembuh, kerja dah makin menimbun kat opis tu… takut aku semakin “overwork”… Ni sedutan dari Kosmo Online pasal bahu beku…

Bahu beku punca sakit

Oleh SITI NOR AFZAN KASIMAN

Sindrom bahu beku juga terjadi apabila seseorang jarang menggunakan bahunya yang sakit.

Bahu Beku

Bahu Beku

PESAKIT akan berasa lenguh pada bahu, pangkal tengkuk, kebas lengan dan tangan serta tidak kuat untuk memegang barang.

SELEPAS berhenti daripada bermain ragbi beberapa tahun lalu, Rizal terpaksa menggunakan tangan kirinya sahaja bagi mengangkat barang mahupun telefon. Rizal pasti mengaduh kesakitan jika menggunakan tangan kanan.

Keadaan lebih sukar buat lelaki berusia awal 30-an ini apabila dia tidak mampu mengangkat tangan kanannya untuk mengenakan butang baju apatah mencapai barang di tempat yang tinggi.

“Akibat sakit bahu ini, pergerakan tangan kanan saya sangat terbatas. Ia tidak boleh digerakkan ke semua arah sama ada ke depan, belakang, sisi apatah lagi gerakan berputar.

“Ia turut terasa berdenyut dan kebas termasuk ketika tidur,” kata Rizal.

SELAIN bertemu doktor dan pakar fisioterapi, pesakit boleh melakukan sendiri terapi fizikal seperti regangan.

Menurut Perunding Fisioterapi di Pusat Perubatan Pakar Alpha, Kota Damansara, Kuala Lumpur, Siti Farah Aini Jamaludin, keadaan yang dialami Rizal itu dikenali sebagai bahu beku atau frozen shoulder.

Pesakit yang mengalami kesakitan ini akan berasa lenguh pada bahagian bahu, pangkal tengkuk, kebas lengan dan tangan serta tidak kuat untuk memegang barang.

“Bahu beku terjadi apabila kapsul sendi bahu menjadi tebal disebabkan oleh proses inflamasi di dalam sendi bahu glenohumeral.

“Ini menyebabkan sendi bahu yang disokong sendi glenohumeral tidak dapat digerakkan sepenuhnya ke semua arah,” ujarnya.

Tambah Siti Farah, masalah bahu beku selalunya berlaku di sebelah bahu sahaja pada satu-satu masa.

Namun, faktor masa dan kecederaan lain mungkin menyebabkan sesetengah pesakit menderita sakit di kedua-dua belah bahu.

Radang dalam sendi menyebabkan kapsul sendi yang longgar menjadi ketat kerana terlekat antara satu sama lain.

Ruang sendi bahu semakin mengecil, kapsul melekat dan ligamen mengetat pada kedudukan rehat.

Keadaan ini mengehadkan keupayaan bahu untuk bergerak dan menyebabkan bahu membeku.

Sindrom bahu beku juga berpotensi terjadi apabila seseorang tidak menggunakan bahunya yang sakit atau menggunakannya sekali-sekala sahaja.

“Apabila digerakkan, pesakit akan berasa sakit. Jadi, mereka lebih selesa menggunakan tangan yang sebelah lagi. Oleh kerana lama tidak digunakan, ia boleh menyebabkan keradangan.

“Sekiranya seseorang mendapat kecederaan seperti patah tangan atau menjalani pembedahan tetapi tidak menggerakkan tangan seperti yang diarahkan doktor, keadaan bahu beku juga boleh terjadi,” kata Siti Farah.

Menurut kajian pakar ortopedik, pesakit kencing manis mempunyai risiko sehingga empat kali ganda mengalami sindrom bahu beku berbanding individu biasa. Malah ia juga lebih sukar untuk sembuh.

Di Malaysia, kira-kira 15 hingga 20 peratus daripada penduduknya menderita masalah bahu beku.

“Faktor lain bahu beku termasuklah usia iaitu berumur 40 tahun ke atas, penyakit sistematik seperti tiroid, kardiovaskular dan Parkinson.

“Walaupun begitu, penyakit bahu beku boleh pulih sendiri selepas mengalami kesakitan dalam jangka masa panjang.

“Untuk rawatan yang lebih berkesan, pesakit boleh mendapatkan terapi fizikal seperti regangan dan senaman tetapi dengan syarat ia dilakukan pada peringkat awal lagi,” ujar Siti Farah.

Tips

Tips


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: