Berbekam

14 08 2009

Pada Isnin lalu bersamaan 10 Ogos 2009, aku ajak member aku pi Bandar Baru Bangi… Warta. Dengar cerita kat situ ada pusat rawatan alternatif yang aku teringin sangat nak buat – berbekam… Tempat yang aku maksudkan tu: Pusat Rawatan Cinta… mmm kewl je nama pusat ni kan.. hehe. Anyway, tujuan aku 1 jer, nak berbekam selepas buat sikit penyelidikan (melalui pembacaan, rujukan hadis2 nabi, tanya kawan2… etc) ke atas kaedah rawatan yang amat disyorkan oleh Rasulullah SAW.

Ambik masa kurang lebih 1 jam 30 min gaklah… siap urut dulu, kasik kembang sikit urat2 darah. Pastu buat bekam kering atau bekam angin skit, sedut angin2 yang lebih & pastu baru buat bekam basah atau bekam darah – dengan melukai kesan sedutan tadi dengan jarum tajam atau lancet, then sedut darah2 kotor yang melekat kat badan aku ni… Yang syoknya, mamat yang jadik tukang bekam tu sound aku; “Saya percaya, brader ni setiap 3-4 bulan mesti servis kereta kan… Ni apsal badan sendiri, lepas 40 tahun baru nak pi hantar servis?”… hehe, terkedu sat aku. Sengih jerlah. Aku kata aku masih sihat. Mamat tu sound aku balik; “Nampak jer sihat… ni dah kira kena overhaul ni bro, dah tak main grind valve lagi dah ni”… Aku kata ikut lah, mana2 yang sesuai.

Berbekam untuk kesihatan...

Berbekam untuk kesihatan...

Meh kita kongsi info ni…

Perubatan berbekam merupakan perubatan wahyu kerana kaedah rawatan telah menjadi amalan Rasulullah SAW. Bahkan pesanan berbekam ini diterima oleh Rasulullah SAW dari para malaikat semasa perjalanan Isra’ Mikraj. Rasulullah SAW bersabda: “Sebaik-baik pengubatan yang kamu pergunakan menjadi ubat adalah Berbekam”. [Hadis riwayat Bukhari & Muslim].

Dan lagi: “Selama aku berjalan pada malam Isra’ bersama malaikat, mereka selalu berkata: Hai Muhammad, suruhlah umatmu berbekam”. [Hadis riwayat Ibnu Majah].

Dan lagi: Rasulullah S.A.W. ada menyebutkan mengenai tiga perkara tentang penyembuhan, “Kesembuhan ada tiga perkara: minum madu, berbekam dan bakaran api (Al-Khayy), tetapi aku melarang umatku melakukan pembakaran dengan api”. [Hadith riwayat Bukhari & Muslim].

Mengapa perlu berbekam? Selepas 3 bulan, sel darah merah di dalam tubuh kita akan mati. Ia mengandungi lebihan asid urik, urea, toksin dan sel darah merah yang rosak. Sel darah kotor ini akan berkumpul di lapisan bawah kulit sebelum dikumuhkan. Sel darah ini akan digantikan dengan sel darah merah yang baru yang mengandungi oksigen dan nutrien yang diperlukan oleh sel tubuh. Sel darah yang rosak (darah kotor) yang gagal dikumuhkan dan masih hadir dalam sistem aliran darah menyebabkan faktor utama mengakibatkan kapilari tersekat dan tersumbat dan kesannya akan menganggu pelbagai sistem badan dan menyebabkan kegagalan sistem limfa, ginjal, hati tidak berfungsi dengan sempurna yang akhirnya akan menyebabkan pelbagai penyakit kronik. Gejala awal yang dapat dirasai oleh tubuh badan ialah badan terasa lesu, letih, kebas kaki dan tangan, pening, cepat marah, cepat bosan, murung, mudah mengantuk dan mudah pitam.

Rasulullah SAW bersabda: “Berbekamlah… jangan membiarkan darah yang berlebihan melimpah, maka ia akan membunuhmu”. [Hadis riwayat Bukhari & Muslim].

Berbekam adalah rawatan pencegahan dan penyembuhan. Rasulullah SAW bersabda: “Diharuskan berbekam pada lekukan leher sebelah atas. Sesungguhnya hal itu menjadi ubat kepada 72 jenis penyakit”. [Hadis riwayat Bukhari & Abu Naim].

Kepada yang mengalami sakit kepala, pening atau migrain, Rasulullah SAW setiap kali sahabat menemui baginda menceritakan tentang sakit kepala yang dialami mereka, pasti baginda bersabda: “Berbekamlah”. [Hadis riwayat Bukhari & Abu Daud].

Jom kekawan, apalagi… keluarkan sedikit modal untuk kesihatan kita. Tambahan pula dah nak masuk Ramadhan ni… InsyaAllah ada keberkatan…


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: