About

about me

Akula MD

Akula MD… tu tajuk cerita pojok kat majalah kartun yang aku selalu baca zaman bebudak dulu. Saja aku jadikan akunya ‘tagline’. Nama aku Azmi, penuhnya Md Azmi Karnain, tapi teman sekolah panggil aku ‘damit’. Penuh memori nama tu, sampai sekarang ni lekat kat aku.

Lahir 15 Mei 1969, lat 2 hari lepas peristiwa berdarah “13 Mei” , di Batu Pahat Johor. Mendapat didikan awal di Sekolah Kebangsaan Seri Mendapat sehingga darjah 3 sebelum berpindah ke sebuah pekan kecil Tongkang Pechah lalu bersekolah di Sekolah Kebangsaan Seri Binjai. Sekolah menengah pula bermula pada 1982 di Sekolah Menengah Tongkang Pechah… tapi tak lama, kerana bulan Mac tahun yang sama dapat melanjutkan pelajaran ke sekolah asrama iaitu MRSM Taiping.

Tamat persekolahan, melanjutkan pelajaran ke Matrikulasi UKM di Kolej MARA Kulim dulunya dikenali sebagai MRSM Kulim seterusnya mengikuti jurusan Kejuruteraan Elektrik, Elektronik, dan Sistem Fakulti Kejuruteraan di UKM.

Mula alam pekerjaan sebagai Jurutera di Hitachi Electronic Product (M) Sdn Bhd di Design Department. Tak lama, genap setahun jer (April 1992-April 1993) bekerja sebagai Jurutera Elektronik (Design) di HEPM. Setelah puas menimba ilmu dan apa-apa yang patut dari syarikat Jepun, aku melangkah ke Telekom Malaysia dengan semangat baru… sebagai Jurutera Telekomunikasi.

Di TM aka Telekom Malaysia, aku mula bekerja sebagai Penolong Pengurus Operasi Rangkaian Tempatan (sekarang ni dikenali sebagai ANOC – Access Network Operation Center) di Banting, Kuala Langat. Tapi, minat punya pasal pada kerja-kerja Research dan Product Development, memaksa aku untuk memilih bidang R&D… dan akhirnya aku mencampakkan diriku ke TM R&D sampailah sekarang ni… Berapa lama aku akan di sini dan berapa lama lagi aku harus kerja makan-gaji, aku tak pasti…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: