Hybrid Converter Put On Trial – RTM SPC

10 07 2009

Semalam, 9 Julai 2009, aku & Mazlan ke site – RTM Melaka & RTM Seremban… Buat POC trial hybrid converter yang kami buat tu. Bertolak dari Banting dalam pukul 9 am, sampai RTM Melaka 11 am. First time aku masuk konti penyiaran, whut a kewl. Bukan nak jadik DJ lah… takder bakat langsungpun, hehehe. Tapi pasal tak nak ganggu LIVE program, kami buat kat bilik lain. Lepas bagi briefing skit tentang alat & test plan kat staff RTM & TM Broadcast, kami terus buat pemasangan.

Hybrid Converter @RTM Melaka

Hybrid Converter @RTM Melaka

Dah siap semua, aku & Mazlan terus bertolak ke RTM Seremban pulak. Kekawan RTM Melaka & TM Broadcast stand-by situ… kena buat live testing antara 2 pemancar RTM ni.

Sampai kat RTM Seremban dalam kol 2, kitaorang makan dulu & jumpa wakil TM kat Kompleks Penyiaran RTM Senawang. Habis semua, terus masuk konti dibawa oleh staff RTM kat situ… seterusnya kami buat pemasangan ke-2.

Hybrid Converter Test Setup

Hybrid Converter Test Setup

Hasil ujian: memuaskan untuk audio (speech), tapi ada masalah untuk hantar muzik… arghhhh… tension giler. Hotline / DEL tak kasik lepas frequency above 4 KHz. Di bawah 4 KHz hanya sesuai untuk voice weiiii. Kena buat problem isolation dulu, probably next week kot @HQ… Patutla, seingat aku masa buat POC dulu, kami cuma test pakai tone 1 KHz. Patutler jalan OK je. Bila masuk muzik dalam Mixer untuk transfer ke other broadcaster, habis semua freq. above 4 KHz dia cut-off. Quality muzik down-graded. Habis semer yang high freq dia filter. Tak sedap ler kalau dengar pakai Hi-Fi, fidelity semer ilang ooo. Apa2 halpun aku kena keluarkan report findings dulu, tapi aku yakin hybrid bukanlah culprit permasalahan ni…

Staff RTM & staff TM braodcast memang sporting… banyak membantu kami dalam ujian penting ni. Caya bro… later kita akan jumpa lagi, insyaAllah.


Actions

Information

Leave a comment